Isnin, 1 November 2010

Memori bersama kalian

Dah lama aku tak update blog aku. Aku tengok macam dah jadik kubur lama dah. Eceh ayat melebih-lebih pulak. Aku cuma nak cerita tentang teman aku sekarang Hazirah dan Mai. Diaorang memang sahabat yang baik bagi aku. Lebih-lebih lagi Hazirah. Dia selalu bagi nasihat kat aku bila fikiran aku bercelaru. Selalu sangat ingatkan aku yang manusia ni tak seperfect mana. Selalu suruh aku berusaha dengan lebih kuat. Selalu naikkan semangat aku bila aku dah hampir-hampir kecundang. Kata-kata yang keluar daripada mulut dia bagi aku penuh dengan nasihat. Aku ni kan kadang-kadang emosi terlebih. Aku memang selalu perlukan nasihat daripada dia. Tapi lepas ni harap die masih sudi nak nasihatkan aku walaupun nanti kiteorang dah berpisah. Eceh ayat sedih la pulak. Ya, memang aku dah terasa berkaca-kaca mata ni.

Mai pulak selalu dia yang kena layan kereneh aku yang macam budak-budak ni. Hehehe ^_^. Nasib baik la die tu penyabar orangnya. Aku selalu suka kacau die ni. Hehehehe... Aku ni memang nakal orangnya. Hah... suka sangat bila tengok muka die yang gelabah tu. Kiut gitu hahaha.... Bila aku ade masalah pulak die yang kena tadah telinga. Sabar je die dengar. Bila aku tak puas hati ngan seseorang, die jugak la kena tadah telinga dia dengar aku bebel. Hehehe. Terima kasih Mai untuk segalanya.

Aku mesti akan rindukan dieorang punya. Rindu sesangat. Aku harap yang dieorang akan sentiasa ingat kat aku macam mana yang aku tak boleh lupa kat dieorang. Terima kasih kerana kalian telah menyerikan hari-hari aku. Korang buatkan sekolah tu lebih bermakna bagi aku bila aku hampir rasakan sekolah tu akan tinggalkan kenangan pahit dalam diri aku tapi kalian telah menciptakan memori manis untuk aku bawa. Terima kasih kalian kerana sudi jadi sapu tangan aku. Ya, korang ibarat sapu tangan aku yang akan mengesat peluh aku ketika aku kelelahan. Dan kalian juga yang sering mengeringkan air mata aku ketika aku sudah penat untuk menanggung segala kedukaan aku. Terima kasih kalian.








Terima kasih kalian!!! Sayang korang 8}

The best and most beautiful things in the world cannot be seen
or even touched. They must be felt with the heart.
 - Helen Keller


Isnin, 6 September 2010

That's ALLAH

Have you ever been down and out and
nobody seems to be around for you to talk to...
THAT'S ALLAH... he wants you to talk to him.

Have you ever been just sitting there and
all of sudden you feel like doing nice for someone you care for...
THAT'S ALLAH... he talks to you...

Have you ever been thinking about somebody
that you haven't seen in a long time and then
next thing you know you see them or receive a phone call from them...
THAT'S ALLAH... there is no such as "coincidence".

Have you ever received something wonderful
that you didn't ask for
THAT'S ALLAH... he knows the disires of your heart.

Have you ever been in a situation and
you had no clue how it is going to get better,
but now you look back on it...
THAT'S ALLAH... he passes us through tribulation to see a brighter day.

In all that we do, we should totally give ALLAH
thanks and our prayers blessings
will continue to multiply.


nota kaki : Terima kasih kepada tuan empunya syair ini kerana dia telah memberikan aku
semangat ketika aku berada dalam kedukaan. A LOT THANKS TO U.

Jumaat, 13 Ogos 2010

Salam RAMADAN...

Dah lama aku menyepikan diri. Macam biskut la pulak aku ni, kejap ada kejap tak ada. Banyak yang nak diceritakan tapi tak tau macam mana nak dimulakan. Aku masih dalam perjuangan.  2 bulan lagi, bukan satu tempoh masa yang lama. Perasaan memang tak boleh nak digambarkan. Takut saaangaaatttt... Perasaan untuk exam trial ni sangatt mengecewakan aku. Tapi aku tau yang aku tak boleh cepat mengaku kalah. Aku teringat kata-kata daripada kawan aku yang membuatkan aku tak putus asa saat ni. "While people sleep, we work. While people work, we work ahead." Kata-kata itu yang aku pegang untuk aku berjuang dalam masa 2 bulan ni. InsyaAllah, aku boleh berjaya. Harap kalian juga mendoakan kejayaan aku untuk mendapat 8A dalam PMR.


Sehari sebelum trial exam aku ada telefon tok aku. Aku mintak maaf daripada dia  dan yang buatkan air mata aku tak dapat ditahan bila tok aku bagi tau yang dia akan sembahyang dhuha untuk doakan aku. Haih.... masa tu suara aku pun dah bergetar tapi aku cover la tak nak bagi tok aku perasan. rapuh betul hati aku, cepat je tersentuh. Sayang sangat dekat tok aku. Terima kasih tok!


Kepada MEREKA...

Sempena bulan yang mulia ni, aku nak mintak maaf atas kesalahan aku yang terdahulu. Aku tau yang korang banyak sakit hati dengan aku dan mungkin sehingga kini tapi aku harap sangat kemaafan daripada korang. Aku tak nak disebabkan hal ni akan beri kesan dalam study aku. Harap sangat yang korang betul-betul maafkan aku. Semua orang pernah buat kesilapan, begitu juga dengan aku. Dulu aku tak sedar hal ni, tapi sekarang aku tau tiada seorang pun yang sempurrna dan terlepas daripada kesilapan. Tetapi bukan mudah untuk menjadi seorang yang mengakui kesalahan yang dia lakukan dan aku akan cuba lihat kesilapan dan kelemahan aku dan memperbaikinya.


p/s: Selamat menjalankan  ibadah puasa kepada semua...

Ahad, 6 Jun 2010

Hanya sebuah entri yang tidak bermakna.

Apa lagi yang mahu aku kongsikan? Apa lagi yang mahu aku ceritakan? Apa lagi yang akan membuat aku berbicara dalam blog ini? Luahan perasaan yang tidak ada penghujungnya? Sangat menyedihkan jika begitu. Bila semuanya akan berakhir?

Lantunan persoalan demi persoalan bercambah dan berselirat di kotak minda. Hanya menghitung masa semua ini akan berakhir, itu pun jika ia ada penghujungnya. Ahhh... aku sendiri tidak pasti apa yang bakal terjadi. Cuba menoleh daripada terus memandang semua ini. Aku ingin berpaling dan berharap ianya bakal hilang dibawa angin sepi. Berambus... aku tak perlukan semua ini.

Aku diam tanpa kata. Tak tahu hendak berbicara apa. Adakah masih ada harapan di balik kabus tebal ini? Aku tidak mahu terlalu mengharap kerana takut dikecewakan lagi.

Apa yang aku coretkan seakan kosang... Aku juga tak tahu mengapa aku menulis. Aku hanya tahu hati mendesak jari-jemariku untuk meluahkan rasa. Meringankan beban yang seakan tak mahu pergi meninggalkan aku sendiri.

Jumaat, 4 Jun 2010

Sekali lagi hati aku direntap...

Ya ALLAH...Jauhkanlah sifat membenci daripada diri aku. Banyak yang aku masih tak perasan. Selama ni hati aku kuat mengatakanyang mereka masih belum memaafkan aku, sememangnya benar. Ya, mereka tak memaafkan aku dan aku rasakan perasaan benci mereka kepada aku semakin menebal dan menggunung dalam diri mereka. Aku terkejut, aku terpana melihat *****. Hatiku bagai direntap-rentap buat kali keduanya. Ya ALLAH... sakitnya tak dapat aku gambarkan lagi.

Aku mahu menyimpan benci kepada mereka yang seolah-olahnya meletakkan segunung kesalahan di bahuku. Ak tak mampu nak menggalasnya lagi. Aku nak membenci mereka tetapi kenapa aku tak boleh. Hati aku begitu sakit. Bagaimana aku nak sembuhkannya. Lukanya seakan semakin parah. Apa yang boleh aku lakukan.

Besar betul kesalahan aku sehingga mereka tak dapat nak memaafkannya. Aku tak dapat tahan dengan situasi ni. Aku nak lari....lari sejauh yang mungkin. Aku tak nak hati aku disakiti laggi. Luka yang ada semakin bertambah dan aku rasakan iannya tak akan sembuh. Habis, sehingga bila aku terus begini. Hati disakiti dan terus disakiti.

Adakah dengan membenci mereka, kesakitan itu akan hilang? Jika ya, aku akan lakukan begitu. Adakah dengan kebencian hati aku akan dirawat. Jika ya, aku mahu belajar membenci. Adakah dengan membenci aku bakal melupakan segala kepahitan ini. Jika ya, aku mesti membenci.

Yeahhh!!! Habis Exam...

Akhirnya... Setelah seminggu aku dan rakan-rakan seperjuanganku bertapa dalam ruang berhantu (*dewan peperiksaan) akhirnya aku dapat juga keluar dengan senyuman lebar. Wajah kelegaan jelas terpampang di wajah mereka.  Dalam seminggu ini, apabila aku tiba sahaja di sekolah aku lihat ramai yang berwajah serius sambil memegang buku di tangan. Tiada lagi celoteh-celoteh sampah yang mereka bualkan. Waktu rehat pun ada yang membaca buku sambil makan, sejuk mata memandang. Aku juga tak terkecuali berada di dalam kalangan mereka (ketawa diri sendiri). Jika mahu diukur tahap kerajinan aku pada waktu peperiksaan, maksimum. Korang juga tak terkecuali bukan berada dalam senarai  *mengulangkaji masa kritikal.

Sepanjang minggu ni aku rasakan  masa lambat betul berlalu. Betul-betul dugaan. Terasa lambat je bila aku tick dekat kalender. Sehari aku rasakan bagai setahun (cehhh... melampau tu ayat, TIPU!) Terasa takut pulak nak dapat result nanti. Entah elok entah tidak. Aku bukanlah tergolong dalam kalangan pelajar yang dikategorikan sebagai cemerlang. Banyak kekurangan di dalam diri aku. Cuma... harapan berbukit aku, aku akan berjaya dalam PMR. InsyaAllah.

p/s : Aku nak ucapkan tahniah kepada kakak aku, SHAHIRAH dan kakak sedara aku, FATIN yang akan menyambung pengajian meraka ke universiti (*cheewahhh... korang dah besar la, hehe). Kakak aku belajar di UITM Seri Iskandar, Perak dalam course Office Management. Fatin pulak dapat di UITM Pahang, Asasi Undang-undang. Aku akan doakan kejayaan kalian.

Selasa, 1 Jun 2010

Benar hati kau terguris?

Terkilan yang amat sangat aku rasakan apabila terbaca blog ***. Mungkin kau pernah terluka atas apa yang pernah berlaku tetapi pernah terlintas di fikiran kau jika kau terluka aku turut sama merasa luka itu. Luka yang amat memedihkan. Terasa hati ini bagai ditoreh-toreh, amat menyakitkan. Kau katakan yang kau kecewa sehingga membuatkan kau hampir tidak mempercayai persahabatan yang sebenar. Ayat itu memang benar-benar menyentap jantungku. Sakitnya hanya DIA yang tahu.

Kau pernah terfikir yang betapa peritnya bila berhadapan dengan orang yang suatu ketika dahulu menjadi sahabat kau dan kini dia menganggap kau sebagai musuhnya. Hrmmmm... tidak tahu untuk aku gambarkan perasaan itu. Kau... kini kau sudah menemui penggantinya namun aku masih tetap sendiri. Kau pernah merasai kesakitan itu tetapi kau masih punya mereka untuk meyokong di belakang. Angin...itulah yang menjadi tempat sandaran aku. Kerap kali juga aku terjatuh apabila aku cuba untuk bersandar.

Apa yang kau katakan amat perit untuk aku telan. Tetapi aku terima jika kau masih tidak memaafkan aku. Aku minta maaf sekiranya pernah suatu ketika aku membuatkan kau hampir tidak percaya akan erti persahabatan yang sebenar. Hanya satu yang akan aku harapkan...kebahagiaan kau di sana...